• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan SPM Diumum 14 Mac Ini

oleh
06/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 421,706 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan mendapat keputusan peperiksaan mereka pada 14 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu seramai 362,754 merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan (9,427); sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah menengah agama rakyat (2,059); sekolah swasta (14,001); dan calon persendirian (25,305).

Menurut KPM, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri.

KPM berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888.

Katanya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan pada 6 petang 20 Mac.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.

Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau peperiksaan sebagai calon persendirian pada tahun ini, KPM berkata pendaftaran dibuka bermula pada 14 Mac hingga 31 Mac ini.

Katanya, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, manakala urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran dibuat melalui Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka ingin menduduki peperiksaan.

Tags: spm 2019
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Komited Jadikan Sistem Pendidikan Negara Terbaik

05/03/2020
0

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin komited memastikan sistem pendidikan negara menjadi yang terbaik untuk melahirkan pelajar hebat dan mencipta...

8,876 Calon SPM 2019 Cemerlang

05/03/2020
0

PUTRAJAYA - Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd