• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Larikan Anak Orang Ditahan Di Ampang

oleh
06/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sejak hujung bulan lalu berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Kuala Lumpur petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Mereka ditemui bersembunyi di inap desa tersebut, walaubagaimanapun kanak-kanak yang dilaporkan hilang tiada bersama mereka.

“Kita akan membawa pulang kedua-dua suspek ke Langkawi esok untuk siasatan lanjut termasuk melakukan soal siasat bagi mengesan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis sedang mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Langkawi sejak hujung bulan lalu.

Penganggur, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang bekerja sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Langkawi dicari selepas polis menerima laporan dibuat oleh seorang wanita Indonesia berhubung kehilangan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah.

Tags: kanak-kanakkes kehilangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd