• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Siasat Rekod Perubatan Jemaah Dipalsukan

oleh
05/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung tindakan sesetengah doktor memalsukan rekod perubatan jemaah haji dan umrah khususnya suntikan vaksin.

Timbalan menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata Lembaga Perubatan Malaysia (MMC) bersedia menyiasat dakwaan berkenaan dan sekiranya benar, tindakan akan diambil kepada doktor tersebut.

“Kami memandang serius hal ini kerana vaksin ini memang diberikan oleh doktor dan (menjadi) tanggungjawab mereka (doktor) memberikan vaksin itu.

“Apabila doktor menandatangani dokumen tersebut (borang vaksin jemaah haji), ini menunjukkan bahawa dia yang memberikan vaksin. Ini adalah perkara yang serius, pemalsuan dokumen oleh doktor adalah sentiasa dianggap perkara yang serius,” katanya.

Sebelum ini, portal dalam talian melaporkan beberapa rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji di Makkah didakwa memalsukan rekod perubatan untuk melepasi peraturan vaksin Arab Saudi.

Lee ditemui pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Dr. Md Zaki Othman dan Timbalan Pengarah 1 Pusat Darah Negara, Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah.

Program berkenaan dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini membabitkan penolong pegawai perubatan menderma darah dan menyasarkan 1,000 beg darah dapat dikumpulkan hari ini.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 3,135 penambahan kakitangan pelbagai jawatan bagi KKM tahun ini untuk memantapkan lagi perkhidmatan kementerian berkenaan.

Lee berkata lantikan tersebut akan melibatkan lepasan graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2017.

Katanya antara lantikan tersebut melibatkan 517 penolong pegawai perubatan bagi Februari dan Mac (fasa pertama) dan bulan Julai (fasa kedua) pula seramai 775 lagi lantikan untuk jawatan tersebut.

Selebihnya (lantikan) itu termasuk jururawat, pembantu pembedahan pergigian, juruteknologi pergigian, pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam, fisioterapi dan lain-lain, katanya.

Tags: HajiKKMumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd