• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPKK Tolak Streram Di Rantau Berdepan Tindakan – MB

oleh
04/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Besar, Aminuddin Harun berkata 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau yang membuat bantahan sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, S Streram sebagai calon pilihan raya kecil DUN Rantau kemungkinan dikenakan tindakan.

Katanya, beliau akan berunding dengan semua pihak sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.

“Bagi saya, apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang serius dan kalau perlu tindakan disiplin, saya akan mengambil tindakan disiplin itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seramai 11 pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Rantau semalam yang sebulat suara menolak Streram sebagai calon PKR DUN Rantau.

Mereka mendakwa Pakatan Harapan yang memilih untuk kalah lebih awal jika pakar buis itu yang bukan anak jati DUN berkenaan tetap dipilih.

Mengulas lanjut, beliau berkata seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya boleh membuat pengumuman ataupun mengadakan sidang media yang kontroversi.

Katanya jika mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati atau bantahan, mereka sepatutnya melalui saluran yang betul.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikut saluran yang tepat. Seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri dan membuat keputusan tanpa berunding dengan kerajaan negeri adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka sebenarnya ada saluran yang boleh disalurkan dan apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang tidak mengikut peraturan,” katanya.

Mengenai persiapan PH menghadapi PRK DUN Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi, beliau yang juga pengerusi PH Negeri Sembilan berkata persiapan PH menghadapi PRK DUN Rantau memang sentiasa berjalan baik sejak dari dahulu lagi.

“Sebagai ‘underdog’ kita akan pastikan jentera kita berjalan dengan baik. Kita juga mengadakan beberapa siri mesyuarat di peringkat pusat dan negeri berhubung persiapan jentera pilihan raya kecil itu. Kita akan sentiasa memastikan perkara ini berjalan lancar.

“Kita sedang menunggu pengumumam Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai tarikh pencalonan dan mengundi,” katanya.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lepas menolak rayuan yang dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya di DUN Rantau pada PRU14 sebagai terbatal dan tidak sah.

Pada 28 April tahun lepas, PKR menerusi calonnya Streram tidak dibenarkan bertanding ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan SPR untuk memasuki pusat penamaan calon menyebabkan Mohamad yang juga timbalan presiden Umno diumumkan menang tanpa bertanding di kerusi itu.

Streram kemudian memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal, pada 23 Mei tahun lepas.

Tags: Aminuddin HarunMPKKPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MPKK Larang Jual Minuman Keras Di Kawasan Majoriti Islam

31/12/2021
0

Kuala Kangsar : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di semua kedai serbaneka di kawasan...

Kerajaan Berubah, MPKK Pun Berubah

13/04/2020
0

PENAMATAN perkhidmatan jawatan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Perak adalah selaras dengan peralihan pentadbiran kerajaan negeri kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd