• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Kelantan Tarik Darjah Kebesaran Annuar Zaini

oleh AK-47
04/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Istana Kelantan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) daripada Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Setiausaha Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad, menerusi kenyataan media, berkata Mohd Annuar yang juga Ahli Dewan Negara Perak sudah dimaklumkan perkara berkenaan menerusi surat yang disampaikan kepadanya pada hari yang sama.

Katanya, adapun penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kelantan sudah mewartakan Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 pada 27 Ogos 2015.

“Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang yang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran yang pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.

“Enakmen ini juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan di bawah enakmen ini termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu,” katanya.

Selain Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak dan juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Tags: Sultan KelantanSultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Dakwa Sultan Kelantan Meninggal Dunia

Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Dakwa Sultan Kelantan Meninggal Dunia

13/07/2025
0

KOTA BHARU: Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad...

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

18/01/2024
0

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd