• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Maut, 9 Lagi Parah MPV Terbalik

oleh
02/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun maut, manakala 9 lagi parah apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah selatan, dekat sini, hari ini.

Dalam nahas jam 1.35 tengah hari, Amirul Hakimi yang juga pelajar Madrasah Tahfiz Ar Rayyan, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, disahkah maut di lokasi kejadian akibat tercampak daripada kenderaan.

Mangsa parah pula ialah pemandu yang juga mudir madrasah tahfiz itu, Hasanulrizal Md Zin, dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Tenggara, Rodiah Hassan, manakala tujuh pelajar lain dari madrasah tahfiz terbabit sedang dikenal pasti identiti.

Semua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Himpunan Rakyat Jangan Hina Nabi Kami peringkat negeri yang diadakan di hadapan Masjid Bandar Baru Uda.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata kemalangan dipercayai berlaku akibat tayar kenderaan pecah sebelum MPV itu terbabas dan terbalik.

“Setiba di lokasi kemalangan, polis menemui mayat seorang kanak-kanak di tengah pembahagi jalan, manakala MPV berkenaan pula dalam keadaan terbalik di lorong kecemasan lebuh raya menghala ke arah Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beng Yeow berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki 10 orang yang dalam perjalanan dari arah utara menghala ke selatan itu mengalami kerosakan tayar pecah.

“Ia menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan sebelum berpusing dan terbalik di lorong kecemasan arah sama.

“Seorang kanak-kanak maut akibat tercampak daripada kenderaan itu, manakala mangsa lain mengalami kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), manakala mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: kemalangan mautPelajar Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd