• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Berjaya Tanam Pokok Ganja Perubatan Pertama

oleh
02/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

THAILAND memulakan penanaman pertama ganja untuk tujuan perubatan.

Rakaman video yang menujukkan tanaman itu dimuatnaik di laman Facebook Organisasi Farmasuetikal Kerajaan Thailand (GPO) yang bertindak sebagai badan mengawal selia tanaman ganja perubatan.

Menurut laporan portal tempatan, tanaman itu terletak di kilang pengeluaran farmaseutikal Rangsit, di Pathumthani, wilayah daerah Thanayaburi.

“GPO sudah mula menanam tumbuhan ganja gred perubatan pertama bersandarkan kepada undang-undang Komuniti Ekonomi Asean (AEC),” menurut kenyataan yang disertakan bersama video berkenaan.

Pengarah GPO, Dr. Witoon Danwiboon bulan lepas berkata penanaman itu akan melibatkan kos AS$315,000 (RM1.29 juta) melibatkan keluarasan tanaman 100 meter persegi di kilang berkenaan.

Susulan kejayaan tanaman pertama itu, GPO merancang untuk menghasilkan 2,500 botol minyak ganja dengan sukatan 5 milileter setiap satu menjelang Julai ini.

“Kami berlumba dengan masa untuk memastikan manfaat ganja perubatan diperoleh sepenuhnya kerana banyak negara di dunia sudah memulakan usaha ini sejak 10 tahun lalu,” kata Menteri Kesihatan Awam Thailand, Dr. Piyasakol Sakolsattayathorn.

Tambah beliau penanaman di kemudahan GPO merupakan fasa pertama dan akan diteruskan melalui fasa seterusnya melibatkan penanaman di kemudahan seluas 1,000 meter persegi.

Fasa baru itu dijangka menelan belanja AS$5 juta (RM20 juta).

Sementara itu, Pentadbiran Dadah dan Makanan Thai (FDA) melancarkan talian bebas tol bagi membolehkan orang ramai bertanya soalan tentang usaha pengenalan ganja perubatan itu. – Agensi

Tags: ganja perubatanThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd