• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lancar Sistem Pengecaman Wajah

oleh
01/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT penerbangan tambang rendah AirAsia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan berdasarkan sistem pengecaman wajah di balai berlepas lapangan terbang terpilih di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Aireen Omar berkata ketika ini projek perintis teknologi itu dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

“Sejak ujian perintis itu bermula, kami telah memperkukuh dan menambah baik keseluruhan teknologi itu dan akan melancarkan (sistem) tersebut di beberapa lapangan terbang di seluruh Malaysia,” katanya kepada pemberita di Semenyih pada Jumaat.

Aireen berkata syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Malaysia Airport Holdings untuk melancarkan sistem pengecaman wajah tersebut di lapangan terbang terpilih.

Katanya, AirAsia bercadang melaksanakan sistem pengecaman wajah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan klia2 selepas diperkenal di Senai.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga merancang menggunakan sistem keselamatan itu di laluan Kuala Lumpur-Avalon.

“Laluan Kuala Lumpur-Avalon akan menjadi laluan rentas sempadan pertama yang menggunakan teknologi pengecaman wajah. Ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Avalon juga akan menggunakan teknologi itu,” kata Aireen.

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd