• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tawar RM4 Juta Cari Anak Lelaki Osama Bin Laden

oleh
01/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMERIKA Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.06 juta) bagi maklumat mengenai anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, kerana beliau dilihat sebagai sebagai “wajah baru” ekstremisme.

Lokasi Hamza bin Laden, digelar ‘Putera Mahkota Jihad’, menjadi spekulasi sejak beberapa tahun dengan laporan menyebut beliau tinggal di Pakistan, Afghanistan, Syria atau dikenakan tahanan dalam rumah di Iran.

“Hamza bin Laden ialah anak lelaki Osama dan kini muncul sebagai pemimpin dalam rangkaian Al-Qaeda,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

Jabatan Negara berkata, ia menawarkan ganjaran AS$1 juta bagi apa-apa maklumat yang membawa kepada lokasi Hamza di mana-mana negara.

Menurut AS, Hamza, 30, mengancam menyerang negara itu bagi membalas dendam atas pembunuhan bapanya pada 2011, yang ketika itu bersembunyi di bandar Abottabad, Pakistan, oleh tentera khas AS.

Agensi perisikan AS melihat Hamza sebagai pengganti kepada bapanya yang berperanan besar dalam jihad global, terutama apabila militan Daesh semakin hampir menemui kekalahan di Syria.

Pada 2015, Hamza menyiarkan mesej audio menggesa pejuang di Syria bersatu, dengan mendakwa perang di negara itu akan membuka jalan kepada pembebasan Palestin.

Beliau juga sebelum itu menggesa kepemimpinan Arab Saudi ditumbangkan. – Agensi

Tags: Hazma LadenOsama Laden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamza Bin Laden Dipercayai Telah Meninggal Dunia

01/08/2019
0

WASHINGTON – Anak lelaki Osama Bin Laden, dilaporkan telah meninggal dunia, menurut pegawai perisikan Amerika Syarikat. Namun butiran tempat dan...

Anak Lelaki Osama Impi Jadi ‘Wira’ Macam Bapanya

01/08/2017
0

ANAK lelaki bekas pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda, Hamza Laden baru-baru ini menyiarkan sebuah video yang mana dia berkongsi impian dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd