• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ugut Bunuh Ayah Hanya Kerana Keropok Lekor

oleh
27/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang gunting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut mahu membunuh bapanya menggunakan pisau kerana tidak berpuas hati selepas ditegur menghabiskan keropok lekor yang dibeli.

Tertuduh, Wan Adib Fawwaz Wan Mohd Fauzi, 19, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengacukan pisau ke arah bapanya, Wan Mohd Fauzi Wan Yusof, 46, sebelum mengugut mahu menikamnya di sebuah rumah di Kampung Tebauk, di sini, jam 10 malam pada 20 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 5 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Asri Abu Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, Wan Mohd Fauzi menegur tertuduh yang menghabiskan keropok lekor tanpa menghiraukan ahli keluarga lain.

Teguran itu menyebabkan Wan Adib Fawwaz naik angin lalu mengambil sebilah pisau di dalam biliknya sebelum bertindak mengacukan senjata itu kepada mangsa.

Wan Adib Fawwaz turut mengugut mahu menikam bapanya sehingga berlaku pergaduhan kecil antara dua beranak itu sebelum dileraikan oleh ibu tertuduh.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. -BH ONLINE

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd