• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Suspek Dalang Sindiket Kerja Di Kemboja Ditahan

oleh
25/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan 2 lagi individu yang disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan kepada 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja pada 11 Disember lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata kedua-dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berumur 35 tahun itu ditahan di 2 rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua pada 5 petang semalam.

“Ketika serbuan, polis turut merampas telefon bimbit, kad ATM dan kad mastercard BigPay. Ujian saringan awal mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuching sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Pada Sabtu lepas, polis menahan seorang suspek kes tipu pekerjaan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia terbabit dan direman selama 4 hari bermula semalam.

Setakat ini, seramai 23 mangsa iaitu 18 lelaki dan lima wanita tampil membuat laporan polis. – BERNAMA

Tags: Kembojasindiket kerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd