• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Lapor Polis Ketirisan ‘Land Swap’

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA keperluan untuk membuat laporan polis setakat ini berhubung kes ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ kementerian ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata kes berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Ya, kementerian saya telah membuat laporan kes itu pada minggu lepas dan terserah kepada kebijaksanaan SPRM untuk mengendali dan menyiasat kes ini.

“Oleh yang demikian, kes berkenaan tidak ada kaitan dengan polis setakat ini dan biar SPRM siasat terlebih dahulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementerian Pertahanan, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Khamis lalu, satu laporan dibuat SPRM berkenaan isu ‘land swap’ atau pertukaran tanah milik kementerian berkenaan membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak.

Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap’ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

Mohd Nasaie yang membuat laporan itu berkata kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.

Pada 19 Februari lepas, Mohamad dalam kenyataan berkata pihaknya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang ke atas beberapa projek kementerian termasuk ‘land swap’.

Laporan siasatan itu juga dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Februari lepas.

Menurutnya, hasil siasatan jawatankuasa itu yang telah dibentangkan pada 28 Januari lepas mendapati terdapat 16 projek ‘land swap’ melibatkan 1,286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek RM4.886 bilion.

Terdahulu, Mohamad menyampaikan sijil kepada 459 penerima APC dan pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera, warga ATM serta pesara awam terpilih manakala selebihnya dilaksanakan bahagian dan jabatan masing-masing.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – BERNAMA

Tags: land swapMohamad Sabu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd