• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hugh Jackman Diiktiraf Paling Lama Main Watak Adiwira

oleh
24/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMPIAN aktor Hugh Jackman akhirnya tercapai apabila diiktiraf Guinness World Records atas pencapaiannya dalam bidang lakonan.

Bintang yang dikenali dengan nama Wolverine itu mendapat penghormatan sebagai pemegang watak adiwira paling lama.

Anugerah itu disampaikan kepada Jackman ketika hadir pada program bual bicara menerusi stesen British TV pada pagi Rabu, demikian lapor aceshowbiz.com.

Jackman sendiri terkejut dengan anugerah yang diterimanya, malahan majlis ringkas itu diatur tanpa pengetahuannya.

Jackman yang memainkan watak adiwira itu selama 16 tahun dan 228 hari itu menerima anugerah itu bersama pelakon X-Men, Sir Patrick Stewart yang memegang watak Professor Charles Xavier (Professor X).

“Ketika zaman kanak-kanak, Guinness World Records adalah sesuatu yang saya inginkan dan kini saya memperolehinya. Sebab itu jugalah saya berkecimpung dalam bidang lakonan, terima kasih,” kata pelakon itu.

Menerusi temu bual sebelum ini, bintang kelahiran Australia itu mengharapkan kejayaan The Greatest Showman dapat menjadi penanda aras untuk mencatat sejarah dirinya.

“Impian saya sejak kecil, malah abang saya juga untuk mencatat Guinness World Records. Kami cuba bermain badminton selama 48 jam, kami membaling syiling menggunakan siku dan baru sekarang saya sedar mungkin telah mencapainya,” katanya.

Berita pencapaian Jackman ini menyusul apabila aktor itu hampir menjadi ahli kelab prestij EGOT selepas memenangi Anugerah Grammy untuk Kompilasi Terbaik Runut Bunyi Media Visual menerusi filem The Greatest Showman.

Jackman memulakan kerjaya sebagai pelakon teater muzikal pernah menangi Anugerah Emmy dan Tony. – IndiaToday

Tags: Hugh JackmanWolverine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hugh Jackman Wira Sejati, Dapat Pujian Netizen

30/03/2016
0

AKTOR kelahiran Australia, Hugh Jackman yang terkenal melalui watak Wolverine dalam filen The X-Men mendapat perhatian ramai apabila dilaporkan menyelamatkan...

Hugh Jackman Disahkan Hidap Kanser Kulit Buat Kali Kedua

11/02/2016
0

AKTOR kacak, Hugh Jackman mendedahkan bahawa dia sekali lagi disahkan menghidap penyakit kanser kulit buat kali kedua. Menerusi postingnya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd