• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lahir Tanpa Otak, Budak Lelaki Masih Mampu Hidup!

oleh
24/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG budak lelaki yang dilahirkan tanpa otak telah menunjukkan keajaiban dan mengejutkan dunia perubatan selepas dia selamat dilahirkan dan otaknya ‘tumbuh semula’.

Ketika mengandung, pasangan Shelley dan Rob Wall diberitahu bahawa anak mereka hanya mempunyai dua peratus otak.

Disebabkan keadaan bayi dalam kandungannya, mereka dinasihatkan untuk menamatkan kehamilan sebanyak lima kali dalam tempoh berasingan.

Pasangan itu diberitahu bahawa jika dilahirkan, anak mereka tidak dapat bercakap, melihat, mendengar atau makan.

Walaupun sering mendapatkan nasihat doktor, pasangan itu memutuskan untuk tetap melahirkan bayi tersebut.

Rob berkata dia berpendapat ramai ibu bapa muda mungkin tertekan untuk membuat keputusan.

“Saya rasa kemungkinan, jika pasangan muda ditawarkan pilihan itu, mereka mungkin rasa tertekan untuk meneruskannya,” katanya kepada Good Morning Britain, ITV.

“Kerana kami ibu bapa agak tua, kami tahu apa yang kami fikir dan kami orang yang positif. Kami mahu berikan Noah peluang untuk hidup.”

Kini Noah sudah berusia enam tahun dan mempunyai 80 peratus otak, lapor Good Morning Britain.

Noah dibawa ke Australia untuk rawatan pembangunan otak.

Dia menjalani rawatan yang dikenali sebagai ‘neurophysics’ yang merupakan gabungan fisioterapi dan latihan kognitif.

Cukup luar biasa apabila dia belajar bagaimana untuk duduk tanpa bantuan dan juga boleh berlayar.

Dia kini mempunyai matlamat untuk belajar berjalan, bermain ski dan terus berlayar. – Agensi

Tags: kanak-kanakotak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd