• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFA Diberi Seminggu Rayu Elak Disingkir Liga Malaysia

oleh
22/02/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi tempoh seminggu kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengemukakan rayuan berhubung penyingkiran skuad Singa Utara daripada Liga Malaysia 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Ahli Lembaga Pengarah MFL akan meneliti rayuan tersebut, sebelum membuat keputusan muktamad, dua hari selepas PFA menghantar surat rayuan.

“Kami telah memberikan tempoh tujuh hari kepada PFA, walaupun kebiasaannya adalah 14 hari tempoh rayuan bagi urusan pentadbiran, tetapi memandangkan ia satu kes serius kami memberikan tujuh hari sahaja.

“Bagi saya sudah tentu jika apa-apa keputusan yang diputuskan kepada mana-mana pihak, mereka akan cuba sedaya upaya untuk membuat rayuan.

“Dalam kes ini jika satu rayuan mahu dibuat, ia harus memiliki alasan cukup kukuh untuk kita ambil kira sebelum keputusan rayuan dibuat,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan wakil PFA di ibu pejabat MFL, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Kevin menjelaskan pihaknya tidak akan menerima penyertaan pasukan Terengganu City FC yang dilaporkan berminat menggantikan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 kerana tidak mahu masalah kewangan yang melanda Perlis, turut melanda pasukan lain sehingga mencemar imej Liga Malaysia.

“Jika ada mana-mana pasukan dikeluarkan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat pada musim lepas, kita tidak akan menggantikan mana-mana pasukan.

“Jika kita terburu-buru menggantikan pasukan, kita tidak mahu berhadapan masalah yang sama dengan pasukan yang kita masukkan itu. Jadi sama seperti tahun lalu, kita akan berjalan dengan 11 pasukan dan tiada pasukan ganti,” tegas Kevin.

Ditanya mengenai status tiga perlawanan membabitkan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 sebelum ini, Kevin berkata keputusan tersebut akan dimaklumkan selepas tamat tempoh permohonan rayuan berkenaan, sambil menambah perlawanan keempat Liga Premier di antara Kelantan dan Perlis di Kota Bharu, esok adalah ditunda dan bukannya dibatalkan seperti yang dilaporkan sesetengah media tempatan.

Untuk rekod, Ahli Lembaga Pengarah MFL mencapai keputusan sebulat suara pada Rabu, untuk menyingkirkan Perlis daripada saingan Liga Malaysia 2019 setelah mendapati PFA tidak memiliki kewangan kukuh pada musim ini selain berdepan masalah tunggakan gaji.

Penyingkiran Perlis bukanlah perkara baharu kerana MFL pernah menyingkirkan wakil Pahang, Kuantan FA yang tidak turun beraksi menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Premier 2018. – BERNAMA

Tags: Liga MalaysiaPFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd