• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Baharu Najib Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

oleh
22/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Sesyen hari ini diberitahu bahawa kes bekas Perdana Menteri Najib Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta, telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Azura Alwi, yang turut dihadiri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib.

Manoj berkata pada 11 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.

Hakim Azura kemudiannya memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 Februari lalu, Najib, 66, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur dengan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM27 juta, lima tahun lalu.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan menetapkan 13 Mac depan untuk pengurusan kes Najib, yang berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta selepas Peguam Negara, Tommy Thomas memohon tarikh berkenaan ketika sebutan kes itu, hari ini.

Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwaan turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa rayuan Najib telah ditetapkan untuk pendengaran pada 11 dan 12 Mac ini di Mahkamah Rayuan.

Pada tarikh berkenaan, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung perintah larangan ke atas media untuk membincangkan merit kes jenayah beliau; penzahiran dokumen dan pernyataan serta tindakan beliau mencabar pelantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan SRC International.

Mahkamah Rayuan juga akan mendengar rayuan Najib ke atas penarikan balik sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd