• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Sertai Militan Dilarang Kembali Ke AS

oleh
21/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo pada Rabu mengumumkan Hoda Muthana, anak kelahiran Alabama yang menyertai kumpulan militan IS pada 2014, bukan seorang warganegara AS dan tidak akan dibenar memasuki negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kenyataan.

“Cik Hoda Muthana bukan seorang warganegara AS dan tidak akan dibenar memasuki AS. Dia tidak memiliki sebarang asas perundangan, tiada pasport AS yang sah, tiada hak untuk memiliki pasport atau mana-mana visa untuk melakukan perjalanan ke AS,” menurut Pompeo dalam kenyataan itu.

Menurut media AS, Muthana yang berhijrah ke Syria dan menyertai IS pada 2014, menyesal menyertai kumpulan itu dan kini ingin kembali ke tanah air.

Ketika ditanya mengenai kes Muthana dalam taklimat akhbar Jabatan Negara pada Selasa, timbalan jurucakap Robert Palladino menyatakan “situasi seorang rakyat Amerika atau mungkin warganegara Amerika di Syria menerusi tafsiran adalah amat sulit, dan kami sedang meneliti semua kes ini untuk lebih memahami butirannya.”

Palladino juga berkata penghantaran pulang pejuang pengganas asing ke negara asal adalah penyelesaian terbaik dalam usaha mengekang mereka daripada kembali ke medan pertempuran.

Presiden Donald Trump pada 16 Februari meminta sekutu Eropah agar mengambil kembali 800 anggota militan IS yang ditahan di Syria selepas pengunduran AS.

Trump menulis dalam akaun Twitter masanya telah tiba “untuk pihak lain meningkatkan usaha dan melakukan tugasan yang mereka mampu lakukan” selepas AS menghabiskan banyak sumber di Syria.

Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang disokong AS menahan lebih 900 pejuang asing semasa kempen mereka menentang IS di timur laut Syria, lapor media. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatMilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd