• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Pelopor Ekonomi Susut 1.4% Pada Disember 2018

oleh
21/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perubahan bulanan Indeks Pelopor (IP) merosot 1.4% kepada 117.3 mata pada Disember 2018 daripada 119.0 mata pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan prestasi petunjuk ekonomi negara bagi bulan rujukan Disember 2018, ekonomi Malaysia diunjurkan tumbuh pada kadar lebih pelahan dari April hingga Jun 2019.

Penurunan dalam IP didorong oleh penurunan ketara 2 komponen, iaitu import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus Lain serta bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan, masing-masing mencatatkan negatif 0.5%.

“Perubahan tahunan IP juga mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 1.7 peratus pada bulan rujukan,” katanya dalam Petunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Disember 2018.

IP disusun untuk memantau prestasi ekonomi bagi purata 4 hingga 6 bulan ke hadapan.

Sementara itu, Indeks Serentak (IS), ukuran kedudukan ekonomi semasa, kekal pada Disember 2018.

Peningkatan gaji & upah benar dalam sektor pembuatan (0.2%) dan nilai caruman benar kepada KWSP (0.1%) diimbangi oleh penurunan dalam kapasiti penggunaan dalam sektor pembuatan (-0.2%) dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (-0.1%).

Pada masa yang sama, perubahan tahunan IS tumbuh 3.6% seperti pada bulan sebelumnya. – BERNAMA

Tags: Ekonomipakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd