• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Air Dibayangi Isu Ruang Udara, Maritim

oleh
20/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBINCANGAN mengenai Perjanjian Air 1962 antara Singapura dengan Malaysia dibayangi oleh isu maritim dan ruang udara, menurut Kementerian Luar (MFA), Singapura.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan , jurucakap MFA berkata semasa pertemuan antara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 November 2018, “kedua-dua pemimpin menyatakan kesediaan mereka untuk pegawai-pegawai berbincang dengan lebih lanjut bagi lebih memahami kedudukan setiap pihak ke atas hak untuk menyemak semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962.”

Jurucakap itu berkata Peguam Negara dari kedua-dua negara kemudian mengadakan pertemuan pada Disember 2018,” tetapi perbincangan mereka dibayangi oleh isu baharu yang timbul mengenai Had Pelabuhan Johor Bahru dan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen Seletar (ILS).”

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas pertanyaan media terhadap komen oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, semalam.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan berkata rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura yang dibekalkan Malaysia kepada Singapura bermula sejak sebulan lepas.

Beliau berkata rundingan itu dilakukan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan peguam negara republik berkenaan dan beberapa pertemuan lagi akan diadakan berhubung perkara itu.

“Perbincangan tentang perjanjian air telah bermula. Kita ada lapan perkara sedang dirunding dengan Singapura dan perjanjian air adalah satu daripadanya.

“Ini (kejayaan memulakan rundingan) kita anggap penting kerana sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja tentang isu itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rohingya Education Centre (REC) Klang, Selangor, semalam. – BERNAMA

Tags: MaritimPerjanjian AirRuang UdaraSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd