• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pura-Pura Hamil Ketika Seludup Anak Kucing

oleh
20/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Seorang pencuri kucing dari Hong Kong berpura-pura hamil ketika menyeludup anak kucing Parsi melalui lapangan terbang terbesar di Taiwan.

Media tempatan melaporkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita itu yang membawa beg berwarna putih keluar dari tandas awam dalam keadaan perutnya lebih besar berbanding sebelum dia tiba di Lapangan Terbang Taoyuan tersebut.

Wanita tersebut dipercayai menyembunyikan anak kucing terbabit di bawah bajunya malah berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan.

Jabatan Polis New Taipei mengesahkan mereka menyiasat kejadian itu sebagai kes kecurian walaupun kes itu mungkin sukar kerana Hong Kong dan Taiwan tiada perjanjian ekstradisi.

“Kami juga akan menyiasat bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan keselamatan,” ujar jabatan itu dalam satu kenyataan.

Menurut pembiak kucing, Chang Chin-yi yang memiliki kira-kira 40 anak kucing Parsi yang dijual pada harga AS$3,300 (RM13,470) seekor, dia menyedari dua anak kucingnya, Anggi dan Da Lili telah dicuri pada 5 Februari lalu.

Chin-yi mengesyaki seorang wanita Hong Kong yang mahu membeli Anngi dan pernah tinggal di rumahnya kira-kira sebulan sebelum insiden tersebut.

Dia merancang ke Hong Kong untuk mengambil tindakan undang-undang.

Difahamkan, kucing yang memasuki Hong Kong tanpa dokumen perlu dikuarantin selama empat bulan. – Agensi

Tags: anak kucinghamilseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Anak Kucing Terselamat Walaupun Di Celah Ratusan Kenderaan Berat

Anak Kucing Terselamat Walaupun Di Celah Ratusan Kenderaan Berat

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub SEBUAH rakaman tular hari ini memaparkan detik cemas seekor anak kucing kecil yang ditemui masih hidup walaupun berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd