• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Dipenuhi Sampah, Kini Lokasi Pelancongan

oleh
19/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERKAT kegigihan seorang anak jati Semenyih, sebuah kawasan pembuangan sampah haram berjaya ditukar menjadi kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Kini, Kolam Air Panas Sungai Lalang, terletak kira-kira 12km dari Pekan Semenyih, mempunyai dua kolam air panas yang keseluruhannya bersaiz kira-kira 36,000 kaki persegi dan sedalam paras pinggang, selain dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gerai makan, surau dan tandas.

Bersebelahan kolam itu, turut disediakan trek untuk sukan lasak seperti larian lasak dan basikal bukit, yang diusahakan oleh individu yang sama.

Pengusaha kolam air panas itu, Hanim Raduan, 50, berkata kewujudan sumber air panas semula jadi atau diistilahkan sebagai ‘kebocoran perut bumi’ di kawasan itu telah diketahui penduduk setempat sejak lebih 60 tahun lalu.

Namun, katanya pada waktu itu tiada siapa yang mempedulikan kawasan tersebut sehingga menjadi kawasan ‘gelap’ dengan pelbagai aktiviti negatif dan dipenuhi dengan sampah.

Justeru, pada tahun 2010 beliau nekad untuk membangunkan tanah yang dipajak dari kerajaan negeri Selangor itu dengan menggunakan modalnya sendiri.

“Pada masa itu, saya terpaksa mengambil masa selama sebulan hanya untuk membuang sampah. Lori 10 tan digunakan untuk mengangkut sampah sebanyak lebih 200 kali. Saya juga guna dua buah mesin penggali,” katanya ketika ditemui Bernama di Semenyih.

Hanim membelanjakan RM90,000 hanya untuk membuang sampah.

Katanya selepas itu, beliau membangunkan kawasan seluas 1.04 hektar itu selama dua tahun, sebelum ia mula dibuka kepada pengunjung pada 2012.

Kolam air panas yang sering dikunjungi pelancong antarabangsa seperti dari Korea dan Taiwan itu memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Semenyih yang sememangnya terkenal dengan beberapa lokasi menarik seperti Bukit Broga.

Hanim berkata beliau bersyukur kerana kolam air panas yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri semakin dikenali sehingga pernah menjadi lokasi pembikinan beberapa filem tempatan dan Singapura.

Seorang pengunjung Azmi Ibrahim, 66, berkata kolam air panas tersebut berpotensi untuk dimajukan lagi kerana persekitarannya yang cantik dan selesa.

“Sebelum ini saya tidak tahu ada tempat sebegini di Semenyih. Walaupun kedudukannya agak jauh ke dalam kampung tetapi senang hendak cari tempat ini kerana ada papan tanda jalan,” kata pesara kerajaan yang datang dari Pulau Pinang itu.

V. Renusa, 38, yang berasal dari Kajang berkata beliau sekeluarga sering datang ke kolam air panas tersebut kerana menyedari kebaikan berendam di kolam air panas yang dipercayai mampu melancarkan pengaliran darah dan memberi kesan positif kepada tubuh badan.

“Tempat ini juga telah banyak berubah, semasa baru buka tandas pun tidak ada, kini banyak fasiliti yang disediakan. Saya juga telah mencadangkan tempat ini kepada rakan-rakan yang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: kolam air panasprk semenyihSampah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

31/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Tindakan lelaki bekas guru yang menjadikan aktiviti mengumpul sampah di dalam kediamannya di Taman Sentosa di sini sejak...

Saksi, Syed Saddiq Nafi Ikut Laluan Parti Pembangkang

30/01/2020
0

KAJANG - Seorang setiausaha politik menteri hari ini menafikan beliau dan menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sengaja melalui laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd