• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Antara 3 Direman Rasuah Projek RM3 Juta

oleh
19/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) serta bekas timbalannya antara tiga individu yang direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima wang suapan membabitkan projek bernilai hampir RM3 juta.

Turut direman ialah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembuatan kapal di sini.

Perintah reman sehingga 23 Februari itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka, Teoh Shu Yee terhadap ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 37, 50 dan 56 tahun.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kesemua suspek yang memakai baju lokap bewarna jingga tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM negeri.

Difahamkan, SPRM menahan empat individu di sekitar Melaka Tengah semalam termasuk isteri kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM berkenaan, namun permohonan reman terhadap wanita berusia 31 tahun itu ditolak mahkamah.

Kesemua suspek ditahan selepas dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat-syarikat kontraktor yang beroperasi sekitar Melaka sebagai balasan memberikan projek serta tender di PPSPM sejak tiga tahun lalu.

SPRM turut menyita sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover dan pelbagai jam tangan mewah.

Kesemua suspek diwakili peguam, S. Amritpal Singh. – K! ONLINE

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd