• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papagomo Direman Tiga Hari

oleh
18/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Pengendali laman web Papagomo ataupun nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Sabri Abdullah berkata, permohonan reman terhadap Papagomo telah dibuat di Mahkamah Majistret Kajang di sini pagi tadi.

“Permohonan reman terhadap Papagomo dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Seorang lagi individu berusia 39 tahun dibebaskan dengan jaminan polis setelah kenyataannya diambil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Radzee Jamudi di talian 019-6655 811 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kosmo! Online semalam melaporkan Papagomo, 36, ditahan di Wangsa Maju pada pukul 3 petang bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, Ahli Parlimen Muar tersebut didakwa diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Semenyih pada sabtu lalu. – K! ONLINE

Tags: papagomoSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd