• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Pegawai Kanan Kerajaan Ditahan Kes Rasuah

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang setiausaha pejabat kepada pegawai kanan di sebuah kementerian direman selama 5 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Majistret Ahmad Afiq Hasan mengeluarkan perintah reman terhadap wanita itu sehingga 19 Februari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Wanita berusia 39 tahun itu dibawa ke mahkamah pada kira-kira 9.05 pagi tadi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, wanita itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan pada kira-kira 6.56 petang semalam.

Wanita itu dipercayai meminta suapan sebanyak RM1.5 juta daripada wakil syarikat hartanah sebagai dorongan untuk meminta persetujuan daripada ketuanya bagi meluluskan pembelian aset kerajaan di luar negara pada penghujung tahun lepas.

Difahamkan suspek menerima sebahagian daripada wang terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat menurut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd