• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Portal Berita Rappler Ditangkap Polis

oleh
14/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Ketua Pegawai Eksekutif laman web berita tersohor Filipina, Rappler, ditangkap pihak polis di ibu pejabatnya di Manila pada Rabu.

Maria Ressa ditahan atas dakwaan ‘fitnah siber’ susulan laporan Rappler yang menceritakan tentang hubungan antara seorang ahli perniagaan dan seorang bekas hakim.

Menurut pihak penyokong kebebasan media, peristiwa itu digambarkan sebagai suatu cubaan oleh kerajaan untuk menyekat portal media tersebut, yang dikenali menerusi kritikannya terhadap kerajaan Filipina.

Sebelum ini, Presiden Rodrigo Duterte menafikan bahawa dakwaan terhadap Maria bermotifkan politik.

Maria merupakan salah seorang yang dianugerahkan ‘Person of the Year’ oleh Time Magazine pada 2018 atas sumbangannya dalam melaporkan propaganda dan pembunuhan bawah kerajaan Presiden Duterte, terutamanya berkaitan dengan kempennya untuk memerangi dadah.

Tuduhan terhadap ketua pegawai eksekutif itu bermula dari sebuah laporan Rappler tujuh tahun dahulu yang mengaitkan seorang ahli perniagaan dengan seorang bekas hakim di Mahkamah Tertinggi Filipina.

Kes tersebut difailkan di bawah undang-undang fitnah siber yang mula dikuatkuasakan sejak September 2012.

Jika Maria didapati bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

Dalam kenyataannya kepada wartawan susulan ditahan polis, Maria berkata, “Saya terkejut kerana kedaulatan undang-undang telah dimusnahkan sehingga saya sendiri tidak dapat lagi melihatnya.”

Dalam satu muat naik di laman web Twitter, salah seorang wartawan Rappler merakam peristiwa sewaktu Maria ditangkap, namun dihentikan oleh pihak NBI.

Turut dilihat di media sosial, netizen meluahkan kemarahan mengenai peristiwa itu yang mengecewakan perjuangan untuk kebebasan media sedunia – antaranya termasuk wartawan tersohor, Christiane Amanpour. – Agensi

Tags: FilipinaRappler
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd