• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Khidmat Feri Kuala Perlis-Langkawi

oleh
14/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Laut Malaysia Wilayah Utara (JLMWU) semalam mengeluarkan arahan pembatalan khidmat feri awal pagi dari Terminal Kuala Perlis ke Langkawi dan sebaliknya dari 21 hingga 23 Februari akibat paras air laut yang dijangka surut di bawah 0.2 meter di kawasan tertentu laut.

Menurut jurucakap JLMWU Kuala Perlis, fenonema air surut yang teruk itu khasnya pada sebelah pagi boleh membahayakan feri dan juga penumpang.

Bagaimanapun, khidmat Feri ke Langkawi dari Terminal Kuala Kedah dijangka beroperasi seperti biasa kerana laut di situ tidak terjejas seteruk di Kuala Perlis.

Pembatalan itu melibatkan jadual pergerakan feri pukul 8.30 pagi dan 9.30 pagi dalam laluan Kuala Perlis-Langkawi pada tarikh-tarikh itu termasuk perjalanan dari Terminal Langkawi-Kuala Perlis pada pukul 7.30 pagi.

Terdapat dua syarikat yang menawarkan khidmat dalam laluan itu iaitu Syarikat Langkawi Ferry Liner Ventures dan Dragon Star.

“Berikutan itu terdapat permohonan daripada Syarikat Langkawi Ferry Liner Ventures kepada JLMWU untuk turut membatalkan lain-lain perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis dan sebaliknya selain daripada tiga waktu perjalanan yang diarahkan batal ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sementara itu, jurucakap Syarikat Langkawi Ferry Liner Ventures ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada pembelian tiket dicatatkan pada tarikh itu dan notis pembatalan perjalanan feri pada tarikh-tarikh berkenaan akan dipaparkan di Terminal Kuala Perlis-Langkawi dan Terminal Langkawi-Kuala Perlis.

Pelancong yang mahu menggunakan Terminal Kuala Perlis dinasihatkan agar merangka perjalanan terlebih dahulu dan memilih tarikh lain selain daripada tarikh-tarikh berkenaan.

Sebagai alternatif, mereka boleh menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah. – BERNAMA

Tags: Ferikuala perlisLangkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd