• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Air Negeri Sembilan Tak Naik Untuk 2 Tahun

oleh
13/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kadar tarif air di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Perkara itu diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji cadangan kenaikan kadar tarif air yang dikemukakan kerajaan pusat serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan lalu.

“Buat masa ini tiada kenaikan tarif air termasuk tarif air industri selepas melihat kepada kepentingan rakyat.

“SPAN boleh cadangkan kenaikan tetapi bergantung kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Bulan lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air negara.

Katanya, kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin perkhidmatan industri tersebut.

Sementara itu, berhubung penyerahan memorandum menuntut penyelesaian isu tanah peneroka Kampung Serampang Indah (Ladang Gatco), Jempol, semalam, Aminuddin berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan wakil kumpulan berkenaan Rabu ini di Wisma Negeri.

“Semalam mereka hadir untuk menyerahkan memorandum kepada saya namun mereka enggan menyerahkannya melalui setiausaha sulit dan setiausaha kanan, jadi Rabu ini saya akan berjumpa dengan wakil mereka dan adakan perbincangan,” katanya.

Semalam, sekumpulan 60 orang berhimpun secara aman di hadapan Wisma Negeri sejak 11 pagi bagi menyerahkan memorandum menuntut penyelesaian isu tanah peneroka Ladang Gatco kepada Aminuddin. – BERNAMA

Tags: Negeri Sembilantarif air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd