• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ADUN Labu Meninggal Dunia

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Muhamad Shahlan Shaid, 69, meninggal dunia pada 11.15 pagi Rabu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini akibat sesak nafas.

Adik Allahyarham, Redjuan Shaid, 64, yang mengesahkan perkara itu berkata arwah abangnya dimasukkan ke HTJ pada Ahad lepas selepas kesihatannya merosot.

“Abang saya sebelum ini mengalami lumpuh akibat stroke sejak 11 tahun lepas dan dia kerap kali masuk dan keluar hospital sejak akhir-akhir ini.

“Pada Ahad lepas dia dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam, sesak nafas dan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis dan buah pinggang,” katanya.

Redjuan berkata jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gadong Jaya di sini, selepas solat Asar.

Muhamad Shahlan yang dilahirkan di Kampung Pelegong, Batu 8, Labu, meninggalkan isteri Datin Rosliah Abu, 67, dan sembilan orang anak.

Beliau merupakan Adun Labu selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008 dan pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dari 1999 hingga 2004. – BERNAMA

Tags: adunmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd