• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencalonan Dibatalkan: Puteri Thai Minta Maaf

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barvanadi yang disingkirkan sebagai calon pilihan raya Thailand, meminta maaf pada Selasa kerana telah mendatangkan ‘masalah’ bagi rakyat negara itu menjelang pilihan raya 24 Mac ini.

Kakak Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn itu membuat kenyataan itu sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Thai menyingkirkan namanya dari senarai rasmi calon perdana menteri.

Suruhanjaya tersebut mengulangi teguran Raja Maha Vajiralongkorn, bahawa kerabat diraja tidak harus melibatkan diri dalam politik dan pencalonan Puteri Ubolratana adalah “tidak wajar” serta menyalahi perlembagaan.

“Saya minta maaf kerana niat ikhlas saya ingin berkhidmat kepada negara dan rakyat Thai telah menyebabkan masalah yang tidak patut berlaku pada era ini,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya lewat Selasa, yang diakhiri dengan hashtag “#howcomeitsthewayitis”.

 

View this post on Instagram

 

“ดิฉันเสียใจที่ความตั้งใจอย่างจริงใจที่จะมาช่วยทำงานให้ประเทศและพวกเราคนไทยก่อให้เกิดปัญหาที่ไม่น่าจะเกิดในยุคสมัยนี้ #howcomeitsthewayitis” ทูลกระ​หม่อ​มหญิง​อุบลรัตน​ราช​กัญญา​ สิริ​วัฒนา​พรรณ​วดี​ ๑๒ กุมภาพันธ์​ ๒๕๖๒

A post shared by Princess Ubolratana Rajakanya (@princessubolratana) on Feb 12, 2019 at 12:18pm PST

Pencalonan mengejut Ubolratana yang dibuat oleh parti yang setia kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, Thai Raksa Chart, itu telah membangkitkan keresahan banyak pihak.

Ini kerana, ia memecah tradisi keluarga diraja negara itu yang selama ini disanjung tinggi rakyatnya dan tidak pernah mencampuri urusan politik sebelum ini.

Undang-undang pilihan raya Thailand melarang pembabitan monarki dalam kempen politik menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya mempertimbangkan untuk membubarkan parti Thai Raksa Chart susulan pencalonan itu.

Pilihan raya akan datang, yang pertama sejak insiden rampasan kuasa pada 2014, dilihat sebagai pertandingan antara para penyokong dan sekutu Thaksin di satu pihak dan kerajaan yang disokong tentera di pihak yang lain.

Prayuth Chan-ocha, yang menjadi perdana menteri sejak mengetuai rampasan kuasa tersebut, turut dipilih sebagai calon untuk memimpin kerajaan seterusnya. – Astro AWANI

Tags: pilihan raya thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertama Kali Keluarga Diraja Thai Sertai Pilihan Raya

09/02/2019
0

ANKARA - Seorang anggota keluarga diraja Thailand bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bagi merebut jawatan perdana menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd