• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, Seorang Parah Nahas 2 Kenderaan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG – Tiga maut manakala seorang parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Batu 11 Segari di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 itu, kemalangan membabitkan Proton Persona dan Proton Iswara.

Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Persona, Sharifuden Shahidan, 34; penumpang hadapan kereta berkenaan, Nadya Othman, 36, dan pemandu Proton Iswara, Henson Elizabeth Saimah, 31.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, penumpang hadapan Proton Iswara, lelaki berusia 30-an patah kaki kanan dan luka di bahagian kepala.

Difahamkan, Proton Persona yang dinaiki dua individu terbabit dari arah Taiping menghala ke Seri Manjung manakala sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, anggota di Balai Bomba Pantai Remis menerima maklumat kejadian itu pada jam 11.32 malam tadi sebelum sepasukan anggota ke lokasi untuk bantuan lanjut.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan empat mangsa dengan tiga maut dan seorang parah.

“Mangsa yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita manakala seorang lelaki parah, namun tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.

“Kematian mangsa disahkan oleh pihak hospital yang hadir dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi yang diketuai Amir Hamid itu tamat sepenuhnya pada 1.15 pagi. – BH Online

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd