• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Gesa Semua Pihak Guna Platform Aduan Awam

oleh
13/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua pihak agar mengguna platform aduan awam yang disediakan Kerajaan Negeri Johor bagi membantu menyelesaikan aduan rakyat di negeri ini.

Menerusi catatan dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah platform itu adalah satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam negeri ini.

Dengan capaian laman web aduan awam itu http://johor.spab.gov.my/eApps/system/index.do, Tunku Ismail menyatakan antara sebab mengapa baginda aktif dalam media sosial adalah untuk memudahkan interaksi dengan rakyat tanpa sebarang protokol.

“Saya gembira saya berpeluang mempengaruhi rakyat dengan nilai-nilai positif berkenaan Johor dan dari semasa ke semasa, mengingatkan rakyat betapa pentingnya untuk kita kekal muafakat dalam memastikan negeri ini terus maju ke hadapan,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan.

Menurut Tunku Ismail, baginda juga mengambil maklum aduan yang diutarakan kepada baginda melalui akaun media sosial merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada isu perumahan, bantuan kebajikan, pendidikan atau pun infrastruktur.

“Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik untuk bantu sesiapa yang memerlukan,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd