• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trend Pasang ‘Dashcam’ Satu Perkembangan Positif

oleh
13/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trend pemasangan kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan terutama golongan muda sekarang ini adalah satu perkembangan yang positif.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, ia kerana dashcam yang mampu merekodkan pelbagai kejadian di atas jalan raya boleh dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca sesuatu kemalangan.

“Contohnya, apabila berlakunya satu kemalangan, pada mulanya ia dikatakan terjadi kerana kecuaian pemandu.

“Namun selepas siasatan dibuat melalui rakaman dashcam, kita mendapati kemalangan berlaku kerana faktor lain seperti tayar meletup sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Pemasangan dashcam juga selari dengan usaha MIROS dan Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya, katanya.

Pada 20 Januari lepas, satu kemalangan ngeri di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dipandunya dilanggar sebuah kereta lain jenis Toyota Vios, yang mana video rakaman dashcam kejadian itu tular dalam laman sosial. – BERNAMA

Tags: dashcamMIROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Peronda Diambil Pegawai Penyiasat, Bukan Hilang – Polis

Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Peronda Diambil Pegawai Penyiasat, Bukan Hilang – Polis

22/12/2024
0

JELI : Polis menafikan dakwaan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta peronda dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong,...

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Kesan Pergerakan Hasil Analisis ‘Dashcam’

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Kesan Pergerakan Hasil Analisis ‘Dashcam’

12/12/2023
0

PETALING JAYA : Polis mengesan pergerakan hasil analisis beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd