• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Lapor SPRM Isu Projek Ladang Hutan 400 Hektar

oleh
11/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGOTA Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan permit projek pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di dua lokasi di Perak yang diberikan kepada sebuah syarikat.

Su berkata laporan dibuat susulan wujud unsur meragukan berhubung syarikat itu yang didakwanya baru lima bulan ditubuhkan.

“Ini adalah satu perkara yang tidak betul. Kami ingin tahu bilakah syarikat ini memohon tanah ini sebab ia ditubuhkan pada 26 Julai 2018 dan mendapat kelulusan permit pada 14 Disember tahun yang sama.

“Mengapa kelulusan permit ini diberikan kepada syarikat ini dan bukannya kepada syarikat yang lain?” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu yang turut disertai anggota Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) di pejabat SPRM di Ipoh.

Dakwa wakil rakyat DAP itu syarikat tersebut memperoleh permit untuk membangunkan projek ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta.

Sejak Jumaat lalu, sepucuk surat tular di media sosial, mendakwa kerajaan negeri Perak, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Hasil Hutan Negeri Perak Bil 2/2018 pada November 2018, telah meluluskan kawasan seluas 400 hektar kepada sebuah syarikat bagi tujuan Projek Pembangunan Ladang Hutan.

Ketika diminta mengulas perkara berkenaan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menyemak perkara itu.

“…saya tak tahu hujung pangkal jadi saya tidak boleh nak cakap. Saya kena periksa dengan Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Perhutanan, benda-benda macam ini saya perlu periksa betul-betul dahulu,” katanya pada Sabtu. – BERNAMA

Tags: DAP PerakSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd