• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi RM4,700 Akibat Iklan Palsu Di Facebook

oleh
11/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang pekerja am mengalami kerugian RM4,700 gara-gara iklan palsu di laman sosial Facebook berhubung penjualan motosikal yang menawarkan pembayaran secara ansuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ia bermula apabila lelaki berumur 20 tahun itu menghubungi seorang yang menggelarkan diri sebagai “Eastzsmilar jay Junior” di Facebook, yang membuat tawaran untuk menjual motosikal Kawasaki Ninja 250cc berwarna hitam pada tahun 2017.

Beliau berkata, pekerja am itu berjumpa dengan lelaki berkenaan pada bulan Julai 2017 di kawasan pasaraya Servey, Taman Tunku Miri sebelum menyerahkan wang tunai RM1,000 sebagai wang pendahuluan, dan pada hari yang sama suspek menunjukkan motosikal yang hendak dijual itu di kawasan perumahan Padang Kerbau Bridge no.1 Jalan By-pass.

Menurutnya, pekerja am itu kemudian membuat bayaran RM3,700 dalam sembilan transaksi ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Ismail Jaini dengan transaksi terakhir pada 10 November lepas, dan suspek berjanji akan menyerahkan motosikal pada tarikh berkenaan.

“Suspek (bagaimanapun) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi manakala motosikal itu tiada lagi di kawasan perumahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa seterusnya megesyorkan orang awam melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my) JSJK (ccid.rmp.gov.my) dan Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan penipuan kewangan. – BERNAMA

Tags: facebookIklan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd