• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Sempurnakan Istiadat Dewan Rakyat 11 Mac

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualkan dari 11 Mac hingga 11 April depan, iaitu selama 20 hari.

Mohamad Ariff menerima pemakluman mengenai Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-14 itu daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Ketua Majlis selaras dengan Peraturan 11 (2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula dari 7 Oktober hingga 5 Disember selama 36 hari,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata, persidangan Dewan Negara akan memulakan Mesyuarat Pertama pada 11 Mac dan dari 22 April hingga 9 Mei depan iaitu selama 11 hari.

“Mesyuarat Kedua akan bermula pada 22 hingga 31 Julai depan selama tujuh hari. Mesyuarat Ketiga akan bermula pada 9 hingga 19 Disember selama lapan hari,” tambahnya.

Al-Sultan Abdullah secara rasmi memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari lepas, selepas istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari selepas dilantik pada 13 Disember 2016. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd