• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Tangki Ditahan Gagal Kemuka Kebenaran Bersauh

oleh
08/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki kerana gagal mengemukakan kebenaran bersauh di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi, pada Khamis.

Pengarahnya, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata kapal berkenaan ditahan kira-kira 1.30 petang di kedudukan kira-kira 1.8 batu nautika tenggara Tanjung Ayam.

“Kapal tangki tanpa muatan terbabit ditahan kapal ronda APMM menerusi Op Khas Pagar Laut 1/2019 yang bermula pada 26 Januari lalu sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kapal itu ditahan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata kapal tangki berdaftar di Pelabuhan Klang itu dikendalikan sembilan kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 26 hingga 66 tahun dan kesemua mereka merupakan warga Indonesia.

Mohd Zulfadli berkata seorang kru kapal tangki itu dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 491B (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran.

Beliau berkata penahanan kapal terbabit merupakan kes keempat selepas tiga kapal tangki lain ditahan atas kes sama pada 28 Januari serta 1 dan 4 Februari lepas, di perairan sama, menerusi Op Khas Pagar Laut 1/2019.

“APMM sentiasa memandang serius terhadap pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMkapal tangki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd