• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miros Cadang Laluan Khas Motosikal

oleh
07/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyediaan laluan khas untuk motosikal mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan tersebut terutamanya yang berenjin kapasiti kecil, kata Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh.

Pada masa sama katanya, langkah itu perlu disokong dengan penguatkuasaan yang efektif bagi mengelak penyalahgunaan laluan oleh kenderaan lain.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata disebabkan cadangan laluan khas itu terletak bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya, Miros akan berbincang lebih lanjut dengan kementerian tersebut serta Kementerian Pengangkutan.

Suret yang dilantik sebagai Pengerusi Miros baharu pada 5 Februari lepas, sebelum itu melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Mohd Khairul Adib Abd Rahman di kementerian berkenaan.

Katanya Miros juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia bagi memperkukuh aspek pengkuatkuasaan di jalan raya.

“Kerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan amat diperlukan dalam memastikan jalan raya di negara ini adalah selamat dan selesa untuk pengguna,” katanya.

Mengulas pertemuannya dengan Mohd Khairul Adib, Suret berkata mereka turut membincangkan soal keselamatan memandangkan banyak kematian dicatatkan akibat kemalangan di jalan raya.

Beliau berpendapat dalam soal keselamatan di jalan raya, kaedah penyampaian mesej atau nasihat haruslah jelas dan sesuai kerana usaha kerajaan dalam soal memantapkan keselamatan jalan raya adalah demi kepentingan rakyat.

“Kita mahu menyelamatkan nyawa orang awam jadi seharusnya ia melibatkan sokongan dan peranan semua pihak dalam apa sahaja usaha untuk mewujudkan jalan raya yang selesa dan selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: laluan motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lagi Projek Naik Taraf Laluan Motosikal Diluluskan

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya meluluskan dua lagi projek menaik taraf terowong motosikal melibatkan terowong Nanyang Siang Pau dan...

Penunggang Motosikal Jadi Mangsa Tali Lagi…

11/04/2018
0

BERITA mengenai penunggang motosikal yang menjadi mangsa perbuatan individu tidak bertanggungjawab meletakkan seutas tali di laluan motosikal sebagai 'perangkap' bukanlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd