• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istana Budaya Kutip Hutang Tertunggak RM700,000

oleh
07/02/2019
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Istana Budaya jangka dapat mengutip sehingga RM700,000 daripada 37 syarikat yang masih belum melunaskan hutang penajaan mereka sejak 2010.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, bayaran hutang tertunggak itu perlu dijelaskan oleh syarikat berkenaan yang turut menempah slot pementasan di Istana Budaya tahun ini.

“Jika mereka (syarikat penaja) ingin mendapatkan slot pementasan, mereka perlulah menjelaskan hutang yang ada terlebih dahulu.

“Untuk mengelakkan hutang bertambah, kita kena bertegas dengan semua pihak dan akan menyenarai hitam mereka yang bermasalah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 37 syarikat yang menaja persembahan di Istana Budaya tetapi masih belum melangsaikan hutang tertunggak berjumlah kira-kira RM3 juta sejak 2010.

“Apa yang kita dapat lihat, selepas perkara ini dilaporkan media, ada antara mereka yang sudah mula mengambil langkah agresif untuk membayar hutang.

“Malah, kita juga memberi peluang kepada mereka untuk membayar hutang secara ansuran. Sekurang-kurangnya usaha untuk melangsaikan hutang yang tertunggak sudah ada,” katanya.

Bagaimanapun, Istana Budaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang masih culas, tegas Mohamed Juhari.

“Kali ini, kita tidak akan bagi muka lagi. Kita terpaksa bersikap lebih agresif kerana perkara ini memberi imej yang kurang baik kepada Istana Budaya. Kita bukan mahu menakutkan mereka sebaliknya memberikan rasa bertanggungjawab selain mereka seharusnya mempunyai kewangan yang mantap serta jangan berharap kepada pulangan jualan tiket semata-mata,” katanya.

Enggan masalah sama berulang, Mohamed Juhari berkata, Istana Budaya terpaksa menukar prosedur operasi standard sejak tahun lepas.

“Selain daripada membayar deposit, mereka juga harus membayar 50 peratus sewaan panggung sebelum pementasan bermula. Kita terpaksa melakukannya sebagai usaha mengurangkan masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Istana Budaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teater Tanjong Dibawa Ke Istana Budaya

06/06/2022
0

Kuala Pilah : Usaha memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini diterjemahkan menerusi pementasan teater bertajuk Tanjong oleh sekumpulan remaja dan...

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd