• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Akaun Putuskan Guna Wang THM

oleh
07/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir akan memutuskan penggunaan wang Tabung Harapan Malaysia (THM).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata langkah bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti mengikut tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah Akaun THM (Trust Deed).

“Pihak Kementerian Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun itu sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, THM yang dilancarkan pada 30 Mei tahun lalu itu berjaya mengumpulkan sebanyak RM202,716,775.10 berdasarkan baki akhir setakat 14 Januari lepas.

“Berdasarkan kepada maklum balas positif dan keprihatinan rakyat Malaysia, kerajaan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu memutuskan untuk melanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu lagi iaitu berakhir pada 14 Januari lalu.

“Sumbangan yang dibuat selepas tempoh itu tidak akan dikreditkan ke dalam akaun dan dipulangkan semula kepada penyumbang,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata, sumbangan yang diberikan kepada THM memberikan semangat kepada kerajaan untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah hutang yang diwarisi Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sudah memberikan sumbangan kepada THM.

“Sumbangan mereka mencerminkan kesetiaan dan kasih sayang mereka terhadap tanah air yang dicintai,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Tabung Harapan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Amat Hargai Sumbangan Rakyat Kepada Tabung Harapan

23/12/2018
0

PUTRAJAYA - Menjelang penutupan rasmi Tabung Harapan Malaysia (THM) yang berkuatkuasa pada 31 Disember 2018, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...

Kerajaan P.Pinang Sumbang Lebih RM80,000 Kepada THM

12/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyumbang lebih RM80,000 kepada Tabung Harapan Malaysia. Ketua Menteri Chow Kon Yeow...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd