• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Lori Tangki, Pemandu Bas Maut, 10 Cedera

oleh
07/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemandu bas ekspres maut manakala 10 penumpang cedera selepas bas itu melanggar sebuah lori tangki di kilometer 409.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Kuala Kubu Baharu, dalam kejadian pada 4.43 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. Lim Bak Phai berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Shah Alam melanggar belakang lori tangki itu yang bergerak perlahan di lorong kiri lebuh raya.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu bas tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, seorang daripada 30 penumpang bas itu mengalami cedera parah manakala sembilan lagi dilaporkan cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lim berkata lori tangki itu membawa susu getah dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun pemandu itu ditahan selepas semakan mendapati dia dikehendaki bagi kes pecah amanah yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd