• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Pertimbang Bagi Ganjaran Tangkap Jho Low

oleh
04/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata perkara itu bergantung kepada keadaan sehingga terdapat keperluan daripada pihaknya.

“Jika bagi habuan sekali pun, kita perlu bersedia dengan wang tunai dan ganjaran serta sebagainya (perkara lain yang berkaitan).

“Kalau ada keperluan, kita akan pertimbangkan,” katanya pada sidang media selepas majlis serah tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, petang tadi.

Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, ketika ini amat dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pada 24 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap ke atas dua beranak itu, sekali gus membolehkan PDRM memohon kerjasama INTERPOL bagi mengeluarkan notis merah mengesan dan menahan mereka.

Kata Mohamad Fuzi, pihaknya amat mengalukan kesediaan mana-mana pihak untuk memberikan ganjaran penangkapan berkenaan.

“Saya percaya usaha mengesan Jho Low bukan hanya dilakukan oleh polis semata-mata, apabila ada sesuatu insentif, orang akan tampil (memberi maklumat) bagi mempercepatkan penahanannya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya perkembangan kes anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, beliau berkata, pihaknya setakat ini belum memperoleh butiran lengkap mengenainya.

“Apabila dapat nanti, kita akan merujuk kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya),” katanya. – BH Online

Tags: Jho LowMohamad Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd