• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dijel Timbang PlayStation 4 Di Kaunter Buah

oleh
04/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja di Perancis dipenjarakan selepas membeli PlayStation 4 pada harga sangat murah dengan menimbangnya sebagai satu beg buah yang besar.

Lelaki berusia 19 tahun yang dinamakan sebagai Adel itu, membawa alat permainan tersebut dari rak pameran ke bahagian buah-buahan dan menimbangnya.

Dia kemudian meletakkan pelekat harga baharu ke atas bungkusan itu sebelum beratur di kaunter bayaran.

Adel membayar £7.86 (RM41.98) untuk beg ‘buah’ seberat 2.72 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Montbeliard, Perancis timur pada September lepas.

Harga sebenar PlayStation 4 adalah sekitar £ 297.30 (RM1587.95).

Adel kemudian menjual PlayStation itu pada harga £ 87.43 (RM466.99) untuk membayar tiket kereta api ke bandar asalnya di Nice di timur laut Perancis, lapor akhbar Perancis L’est Republicain.

Remaja itu mungkin boleh terlepas jika dia tidak kembali ke kedai yang sama pada keesokan harinya untuk cuba menipu sekali lagi.

Namun, dia berjaya ditangkap oleh polis dan dituduh mencuri, tetapi tidak hadir di mahkamah untuk mendengar perbicaraan.

Adel dihukum penjara empat bulan oleh di mahkamah majistret di bandar Montbeliard pada minggu lalu. – Daily Mail

Tags: Playstation 4
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Playstation 4 Jauh Lebih Laris Berbanding Xbox One

02/08/2015
0

KAJIAN terbaharu yang dilakukan mendapati, konsol game Sony Playstation 4 mencatat jualan lebih tinggi berbanding pencabar terdekatnya, Xbox One. Bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd