• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Songket, Batik Jangan Macam Proton Saga

oleh
04/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUSAHA batik dan songket di negara ini disarankan agar bijak meletakkan harga berpatutan dan berdaya saing bahan itu demi menaikkan kembali minat penggemarnya terutama rakyat tempatan, sekaligus merancakkan kembali industri fabrik itu yang kini dikatakam suram.

Menyarankan demikian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, terdapat keluhan terutama daripada penggemar dan peminat fabrik tersebut mengenai harganya yang kadang kala terlalu tinggi di pasaran hingga ‘menggerunkan’ mereka untuk membelinya.

Situasi itu katanya, menyebabkan ramai di kalangan mereka beralih ke fabrik tiruan daripada negara luar kerana dikatakan jauh lebih murah dan berpatutan.

“Jika saya sendiri pun kalau harga songket atau batik sama dengan sebuah kereta Proton Saga, saya pun akan pilih yang lebih murah.

“Kita kena ingat sebab bukan semua orang mempunyai wang yang banyak untuk memiliki songket atau batik yang sebegitu mahal,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus komuniti kraf daerah Besut di Desa Ukiran Kayu, di Besut, Terengganu pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) kementerian, Saraya Arbi; Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid; dan Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia, Norhaiza Noordin.

Seramai kira-kira 100 orang usahawan dan penggiat seni ukiran kayu daerah Besut hadir pada majlis itu.

Dalam pada itu, Mohamaddin menyarankan lebih banyak jabatan kerajaan menggunakan seni ukiran kraf tempatan terutama di bangunan-bangunan yang baharu dibina bagi membantu penggiat seni ukiran kayu tempatan yang sering berhadapan kesulitan mengembangkan perniagaan.

“Ini tidak bermaksud semua bangunan kerajaan kena ditukar pintu atau daun tingkapnya dengan ukiran kraf… hanya bangunan yang baharu sahaja… mungkin boleh mulakan dengan bangunan jabatan-jabatan di bawah kementerian saya bagi tujuan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: BatikSongket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Boleh Pakai Batik Setiap Hari Bekerja

Penjawat Awam Boleh Pakai Batik Setiap Hari Bekerja

22/08/2023
0

PUTRAJAYA: Penjawat awam kini dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja dan tidak hanya pada hari Khamis seperti...

Makna Sepersalinan Batik Bagi Tunku Azizah

29/08/2019
0

MAGELANG - Persalinan batik berusia 34 tahun, yang menjadi busana pilihan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd