• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mariah Carey Dikecam Tawaran Menyanyi Di Arab Saudi

oleh
05/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Amerika, Mariah Carey ditawar peluang untuk membuat persembahan di Arab Saudi bulan ini dan diterima dengan baik dengan harapan ianya dapat mengurangkan diskriminasi dalam kalangan gender.

Malahan, bintang popular itu juga mahu ia dapat memberi inspirasi dan semangat kepada penonton nanti.

Bagaimanapun, tidak semua pihak berpandangan sedemikian.

Keputusan pemenang Anugerah Grammy itu menyebabkan dia dikecam apabila ada aktivis mendesak supaya Mariah membatalkan persembahan yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini.

Saranan supaya persembahan itu tidak diteruskan bagi memprotes penahanan aktivis wanita di negara itu.

Malahan, ada juga yang mahu penyanyi itu mengambil kira pembunuhan kejam kolumnis The Washington Post, Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul tahun lalu.

Walaupun lebih terbuka dan mengurangkan larangan terhadap kaum wanita, negara itu bagaimanapun tetap bertindak keras terhadap golongan itu yang memperjuangkan kebebasan.

Loujain al-Hathloul adalah salah seorang aktivis wanita yang ditahan sejak Mei 2018 kerana menuntut hak golongan itu di Arab Saudi.

Sebelum ini, The Washington Post melaporkan, pihak yang tahu situasi aktivis yang dipenjarakan memberitahu, mereka dipukul dan tidur diganggu, malahan, ada sesetengahnya didera.

Pihak yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan juga pernah melaporkan mengenai kejadian penderaan seksual, penderaan dan serangan terhadap penjuang hak wanita dalam tahanan.

Abang Hathloul dalam komentarnya di CNN memberitahu adiknya yang kerap dipukul dan diganggu.

Dia juga berharap Carey dapat mengumumkan supaya adiknya dibebaskan ketika membuat persembahan di pentas.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan membatalkan persembahannya minggu depan.

“Sebagai artis antarabangsa wanita yang akan membuat persembahan di Arab Saudi, Mariah mengiktiraf budaya negara itu dan akan terus menyokong usaha ke arah kesamarataan untuk semua,” demikian kata pegawai publisitinya. – SCMP

Tags: Arab SaudiMariah Carey
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd