• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Realiti ’50 First Dates’…

oleh
03/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kekasih yang setia menghabiskan masa setiap hari untuk membuatkan pasangannya jatuh cinta padanya sekali lagi, selepas teman wanitanya itu mengalami amnesia atau hilang ingatan akibat kemalangan.

Kisah benar itu menyamai filem 50 First Dates, lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore, mengenai seorang wanita yang mempunyai daya ingatan jangka pendek selepas kemalangan.

Menurut beberapa laporan di Jepun, Maruyama yang berusia 24 tahun terlibat dalam kemalangan motosikal, menyebabkan dia tidak dapat mengecam insan terdekatnya, termasuk tunangnya sendiri, Li Huayu.

Kegigihan Li untuk membuatkan tunangnya jatuh cinta padanya setiap hari.

Walaupun keadaannya semakin buruk, Li tidak pernah berputus asa dan berharap tunangnya itu akan mengingati semuanya.

Menurut Oddity Central yang memetik laporan TV Jepun, kecederaan yang dialami Maruyama membuatkan pasangan itu terpaksa membatalkan rancangan perkahwinan.

Ingatan Maruyama akan kembali baharu setiap pagi, dan ini bermakna Li perlu memperkenalkan dirinya kepada tunangnya itu setiap pagi.

Li dilaporkan memberitahu Maruyama: “Kamu mungkin hilang memori, tetapi kita boleh mencipta yang baharu.”

Adam Sandler dan Drew Barrymore dalam filem 50 First Dates.

Maruyama menulis segala-galanya yang berlaku pada dirinya setiap hari, maka dia boleh mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupannya.

Dalam satu perkongsian yang menyayat hati, Maruyama dikatakan bertanya kepada Li: “Saya mungkin hilang memori lagi, malah melupakan anda selama-lamanya, adakah anda masih sanggup bersama saya?”

Bagaimanapun, bercakap kepada rangkaian TV, Maruyama berkata: “Tidak kira berapa banyak saya hilang memori, saya percaya saya akan sentiasa jatuh cinta padanya.” – Mirror UK

Tags: 50 First Dates
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd