• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaringan Benzema Bawa Real Madrid Ke Separuh Akhir

oleh
01/02/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GIRONA – Karim Benzema membantu Real Madrid ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol hari ini dengan dua jaringan ketika menang 3-1 mengatasi Girona.

Benzema turut menemui sasaran pada perlawanan pertama, menang 4-2 di Santiago Bernabeu minggu lalu dan meneruskan persembahan hebatnya dengan dua lagi gol di Montilivi.

Pedro Porro mendapat satu gol buat Girona namun sebarang harapan untuk bangkit tidak kesampaian apabila Marcos Llorente meledak untuk kemenangan 7-3 secara agregat.

Real Madrid menyertai Barcelona, Real Betis dan Valencia bagi undian kelompok empat terakhir awal pagi esok.

Barcelona, yang mengejar rekod kemenangan kelima, pastinya menjadi pasukan yang perlu dielak namun skuad kendalian Santiago Solari sedang mendapat rentak selepas menang enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka, manakala Liga Juara-Juara juga akan bermula.

Karim Benzema menjadi pemain utama persembahan baik pasukannya dengan pemain Perancis itu menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan yang menimbulkan kebimbangan mengenai tempat Gareth Bale dalam pasukan.

Gareth Bale baru kembali daripada kecederaan betis tetapi diketepikan daripada kesebelasan utama dan perlu menunggu hingga minit ke-67 untuk menggantikan Vinicius Junior.

Mungkin Santiago Solari tidak mahu tergesa-gesa membawa masuk Gareth Bale namun gandingan Vinicius Junior dan Karim Benzema sangat serasi untuk gol kedua dan dia mungkin keberatan untuk memisahkannya. – Agensi

Tags: Piala Raja SepanyolReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd