• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Ganti Ahmad Dhani Konsert Dewa 19 Di KL

oleh
01/02/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANAK kepada penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani mengesahkan bakal mengganti tempat bapanya menerusi konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Dul atau Abdul Qodir Jaelani memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya dan remaja berusia 19 tahun itu turut berharap konsert berkenaan akan berjalan lancar.

Anak bongsu kepada Ahmad Dhani itu turut memuat naik gambarnya sedang berlatih bermain keyboard sebagai persediaan saat-saat akhir menjelang konsert yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Dul Jaelani memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram.

“Nuwun sewu (minta izin) ya Ayah, @ahmaddhaniofficial permisi… Dan terima kasih juga kepada Dewa 19 yang membernarkan saya untuk mengantikan tempat Ayah saya di Malaysia.

“Mohon doakan saya ya, semoga semuanya berjalan lancar. Amin,” tulisnya.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap penyanyi itu selepas dia didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya.

Pihak penganjur Nizra Production dalam kenyataan kepada media memberitahu konsert itu akan diteruskan dengan kehadiran dua vokalisnya, Ari Lasso dan Once Mekel. – mStar Online

Tags: Ahmad Dhanidewa 19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Dhani Nafi Dewa 19 Ejen Yahudi Di Indonesia

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Ahmad Dhani menepis sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakannya dan kumpulan Dewa 19 merupakan ejen penyebar fahaman Yahudi di...

Ahmad Dhani Bebas Dari Penjara

30/12/2019
0

AKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan hari ini dari penjara Cipinang Jakarta Timur. Ahmad Dhani diiringi pegawai penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd