• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dedah ‘Schatz’ Adalah Cinta Pertamanya

oleh
02/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita mendedahkan teman lelakinya adalah pesawat yang ditemuinya di lapangan terbang lima tahun lalu.

Michele Kobke dari Berlin, Jerman, menggelarkan pasangannya yang merupakan pesawat Boeing 737-800 sebagai ‘Schatz’.

Menurutnya, dia mula-mula tertarik dengan Schatz adalah bahagian sayap pesawat itu.

Dia yang berusia 29 tahun itu mendakwa tidur bersama ‘kesayangan’ setiap malam, sama ada dengan komponen sebenar atau model replika bersaiz 1.6 meter.

Malah, dia memberitahu keluarganya merestui perhubungan mereka.

Michele berkata, dia jatuh cinta dengan pesawat itu buat kali pertama ketika ‘bertemu dengannya’ di Lapangan Terbang Tegel di Berlin dan selepas hampir lima tahun bersama, mereka merancang untuk berkahwin.

“Kali terakhir saya menjalinkan hubungan adalah bersama seorang lelaki pada 2011 tetapi tidak ada rasa cinta,” jelasnya.

“Schatz adalah cinta pertama saya. Ini adalah hubungan yang paling indah yang boleh anda bayangkan,” tambahnya.

Menurut Michele, penerbangan pertamanya adalah pada akhir November 2013 dan sejak itu dia begitu berminat dengan kapal terbang.

Dia juga teruja setiap kali melihat gambar dan video kapal terbang.

“Pada 11 Mac 2014, saya berada di Lapangan Terbang Tegel dan melawat kapal terbang dan kemudian datang pesawat 737-800 ‘menghampiri’ saya, dan saya amat mencintainya sejak itu.

“Schatz sangat bagus dan saya suka aerodinamik dan penampilannya, terutama sayap dan permukaan sokongannya. Saya sayangkannya,” kata Michele. – Mirror UK

Tags: Boeing 737-800
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Bawa 133 Penumpang Terhempas Di China

21/03/2022
0

BEIJING: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 133 orang dilaporkan terhempas di barat daya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd