• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Ancaman, Ideologi IS Melalui Perang Siber

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tumpuan kepada perang siber atau Cyber Warfare perlu dipertingkatkan dalam menangani ancaman serta ideologi kumpulan militan IS daripada terus berkembang di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata pendekatan holistik perlu diwujudkan dengan kerjasama semua agensi kerajaan berkaitan termasuk pihak berkuasa agama.

Sebagai contoh, perlu ada laman web untuk menjawab segala kemusykilan masyarakat termasuk dari segi agama yang berkaitan dengan IS yang boleh dijawab secara dalam talian sepanjang masa, katanya.

“Langkah itu akan membolehkan orang ramai mendapatkan fakta yang tepat pada bila-bila masa secara dalam talian berhubung segala kemusykilan mereka dalam isu IS,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pihak berkuasa agama, sebagai contoh, boleh membetulkan semula kefahaman masyarakat dalam isu berkaitan jihad, katanya.

Ayub turut menjadikan negara jiran sebagai contoh memainkan peranan proaktif melalui laman web mereka untuk menerangkan mengenai kesesatan IS.

“Mereka juga mengeluarkan pamflet berbahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin berkaitan penyelewengan IS dan turun padang untuk edarkan kepada masyarakat bukan sekadar memberi syarahan di dalam televisyen dan khutbah semata-mata.

“Memang sudah tiba masanya untuk wujudkan ‘engagement’ seperti ini termasuk engagement dengan pihak media untuk ‘mendidik’ semula pemahaman masyarakat tentang jihad sebenar … masalah ini bukan lagi masalah di Malaysia sahaja ia telah merebak secara global,” katanya.

Beliau menerangkan kekuatan bahagian media IS adalah pada penguasaan mereka di dalam laman sosial dengan mempunyai beribu-ribu ‘cyber troopers’ yang cekap dan pantas dalam menjawab kenyataan pihak lain terhadap penyelewengan mereka yang telah menyalahtafsirkan ayat Al-Quran dan Hadis.

Antara contoh penyelewengan IS adalah mengaitkan habuan seks dengan jihad dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan.

“Antara justifikasi mereka ialah kononnya menghalalkan persetubuhan dengan tawanan perang serta boleh bersetubuh dengan gadis di bawah umur yang belum baligh,” katanya.

Ayub berkata demikian ketika diminta mengulas ancaman kumpulan militan IS serta penyebaran ideologinya yang tersebar secara meluas termasuk menggunakan saluran media sosial yang dilihat semakin membimbangkan apabila turut menyasarkan pelajar sekolah.

Rabu lepas, seorang gadis berusia 14 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang disyaki cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria.

Gadis yang berasal dari Muar, Johor itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam.

Ayub berkata pemerhatian polis mendapati masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak memahami ideologi songsang yang diutarakan kumpulan itu secara ‘senyap’ yang turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah.

Katanya berdasarkan pemantauan, polis juga mendapati segelintir warga Malaysia masih cenderung untuk menyertai kumpulan militan di Syria walaupun telah banyak tangkapan dilakukan untuk menyekat pemergian mereka.

Beliau berkata isu pokok dalam ancaman IS adalah penyebaran ideologi dan perekrutan yang dijalankan melalui media sosial secara agresif. – BERNAMA

Tags: IS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Penglibatan Wanita Meningkat Dalam Militan Daesh

21/08/2019
0

PENDANG - Penglibatan golongan wanita sebagai penyerang di dalam kumpulan militan Daesh menjadi trend terbaharu di rantau Asia Tenggara. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd