• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kiswah Kaabah Akan Dipamerkan Kepada Khalayak

oleh
30/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Seri Najib Razak dijangka mempamerkan kepada khalayak kain kiswah Kaabah diterimanya daripada Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud pada 2010.

Menurutnya, hadiah diterima secara peribadi daripada Almarhum Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci itu adalah kain kiswah yang digunakan untuk melindungi Kaabah bagi 2009.

“Pada masa ini, kain kiswah ini masih disimpan dengan baik oleh saya.

“Saya masih dalam perbincangan dengan beberapa pihak untuk mempamerkannya di suatu galeri atau muzium tempatan dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Kain kiswah dibuat setiap tahun dengan menggunakan 670 kilogram (kg) benang sutera serta benang emas dan perak seberat 150 kg.

Najib berkata, bahagian kain kiswah dihadiahkan kepadanya amat besar dengan berat 170 kg.

“Ia bahagian yang paling berharga dan bermakna kerana ia bahagian Multazam yang ada banyak tenunan dan hiasan benang perak serta benang emas untuk menutup pintu Kaabah.

“Oleh itu kepada saya, bahagian kiswah ini boleh dianggap sebagai tidak boleh dinilaikan harga tetapi ada yang memberitahu saya ia bernilai sekurang-kurangnya AS20 juta dolar (RM82 juta),” katanya.

Katanya, beliau pernah mempamerkan kiswah itu di Seri Perdana untuk seketika tetapi tidak pernah memaklumkan kepada media tempatan mengenai pemberian hadiah berkenaan kepadanya.

“Ini kerana Almarhum merasakan kebimbangan baginda perkongsian mengenai pemberian ini mungkin ada impak kepada negara Islam yang lain,” katanya.

Menurutnya, sebab yang sama juga diberi Almarhum supaya beliau tidak mendedahkan baginda pernah memberikan 20,000 tempat haji tambahan (10,000 setiap tahun untuk dua tahun) kepada Malaysia.

“Kuota tambahan istimewa 20,000 inilah yang digunakan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menghantar umat Islam yang mereka biayai bagi menunaikan ibadah haji,” katanya. – myMetro Online

Tags: kiswah kaabahNajib Tun RazakRaja Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kiswah Kaabah Diganti Malam Ini, Pembuka Tirai Tahun Baru Islam

Kiswah Kaabah Diganti Malam Ini, Pembuka Tirai Tahun Baru Islam

29/07/2022
0

MAKKAH - Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi dijadual...

Raja Abdullah Sokong Penubuhan NATO Asia Barat

Raja Abdullah Sokong Penubuhan NATO Asia Barat

26/06/2022
0

LONDON – Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menyatakan sokongan berhubung idea penubuhan pakatan ketenteraan Asia Barat berdasarkan model Pertubuhan Perjanjian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd